Hubungi Kami

Rohaya Leman

Tel: 06-3848013 / 016-6653063
Faks:
06-3848013
E-mel:
FarmasiAlangSdnBhd@gmail.com
Alamat:
MT 1396 KOMPLEKS PERNIAGAAN MASJID TANAH,78300 MASJID TANAH,MELAKA

View Untitled in a larger map

Utama

FARMASI ALANG SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 15 oktober 1996 dan memulakan perniagaanya pada 1 April 1997. Farmasi Alang Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang diterajui oleh empat orang pengarah dan sahamnya pula dimiliki oleh 100% bumiputera.

Memandangkan tiga orang daripada pengarah syarikat ini merupakan anak kelahiran Masjid Tanah, Melaka, maka perniagaannya juga berpusat di tengah pekan bandar tersebut. Perniagaan ini telah beroperasi selama lebih kurang 13 tahun. Kedudukannya yang strategik telah membuatkan farmasi ini mudah dikenali dan dikunjungi oleh pelanggan.

Pada peringkat permulaan, syarikat ini adalah berasaskan perniagaan farmaseutikal. Walau bagaimanapun, apabila syarikat ini mula berkembang dan pegarah-pengarahnya dikenali dan dipercayai ramai, aktiviti perniagaan diperluaskan lagi seperti menyediakan perkhidmatan tadika, membekal barangan bayi dan ibu bersalin, peralatan sukan dan sebagainya.

Peluang memperluaskan perniagaan semakin meningkat setelah kerajaan menggalakkan rakyat meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan masyarakat berkomputer. Oleh itu, Farmasi Alang Sdn. Bhd. menyediakan lagi sebuah pusat ilmu dengan menjalankan pusat komputer francais yang dikenali sebagai CAL (Computer Assist Learning) Centre.

Sepanjang menjalankan perniagaannya, Farmasi Alang Sdn. Bhd. telah banyak berurusan degan beberapa jabatan kerajaan dalam membekalkan peralatan perubatan dan ubat-ubatan. Kepercayaan kepada kemampuan syarikat ini semakin bertambah setelah berjaya mendapatkan lesen dalam bidang-bidang yang penting di Kementerian Kewangan. Ini secara tidak langsung membuka peluang bagi syarikat menembusi pasaran yang lebih luas sebagai pembekal terutamanya sebagai pembekal peralatan kesihatan, peralatan perubatan dan ubat-ubatan.